Saturday, 29 October 2011

b@nding@n Ant@r@ MAHMUDAH d@n MAZMUMMAH??...

MAHMUDAH..
CINTA??  
Cinta amat sukar didefinisikan kerana ia bersifat abstrak dan subjektif..Namun menurut al-Syibli,cinta dinamakan cinta kerana ia menghapuskan semuanya dari hati melainkan kekasihnya.....Masih terdapat 1001 lagi definisi lain bagi kalimah cinta yang dipersembahkan dari perspektif yang berlainan..Bukan semua cinta boleh dianggap mahmudah..Malah cinta boleh jadi sesuatu yang dituntut,boleh jadi ditegah..Antara perkara yang disukai oleh RASULULLAH S.A.W.  ialah:    
  • melaksanakan ibadat..
  • membaca,mendengar dan merenungi al-Quran..
  • orang yang berselawat kepada Baginda..
  • suka tampil berbeza dengan orang Musyrik..
RASULULLAH S.A.W. pernah berdoa :
maksudnya; ''Ya ALLAH,tanamkanlah kecintaan(dalam diri kami) kepada keimanan dan hiasilah hati kami dengan keimanan..Jadikanlah hati kami benci kepada kekufuran,kefasiqan dan maksiat..'' (Riwayat Ahmad)

CINTA: MAZMUMMAH
Tidak semua cinta itu membawa manfaat.Ada yang membuahkan mafsadah.Inilah gara-gara tidak mengikut telunjuk agama..Jika syaitan yang memandu cinta yang didamba manusia,maka cinta itu akan terarah ke arah cinta dunia dan seluruh isinya..Apakah cinta fatamorgana ini yang dikejar??Masyhur dalam sejarah kisah cinta Laila Majnun.Laila menjadi seakan-akan gila atau betul-betul gila.Malah pernah diriwayatkan bahawa dia mencium kaki anjing kerana anjing itu baru sahaja selalu lalu kawasan kediaman buat hatinya..Ahli maksiat pula jika sudah terbiasa melakukan maksiat akan berasa manisnya ''rekod buruk'' (maksiat) yang diciptanya....

MAZMUMMAH..
BENCI??
Benci yang boleh dianggap sebagai mazmummah adalah bencikan sesuatu yang disukai oleh ALLAH dan RASULULLAH.Betapa ramai ahli maksiat yang bencikan ibadah dan akhirat.Bencikan orang yang melakukan kebaikan dan dakwah..Bencikan rahmat dan berkat dikurniakan kepada orang lain dan sebagainya..Kesimpulannya,,apa yang kita benci dan suka perlu dicorakkan oleh wahyu,bukan akal dan nafsu..
BENCI: MAHMUDAH..
Sebaliknya benci juga boleh dikira sebagai sifat mahmudah.Adnan al-Tarsyah ada menulis sebuah buku bertajuk Maza Yuhibbu al-Nabi Muhammad wa ma Yakrah.Jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu,bermaksud ''Apa yang Disukai Nabi dan Apa yang Dibenci Baginda..''
Ini menunjukkan bahawa tidak semua kebencian itu mazmummah.Boleh jadi sesuatu kebencian itu bersifat mahmudah jika kena salurannya..Benci yang terarah oleh syariat itu benci yang dipuji..
Antara perkara yang dibenci oleh RASULULLAH S.A.W. ialah:
  • golongan kafir,fasiq dan maksiat..
  • golongan yang ambil harta anak yatim..
  • berzikir kepada ALLAH dalam keadaan tiada wuduk..
  • menunda-nunda sedekah..
  • pembohongan..
  • tidur sebelum isyak..  
Apabila membenci,bencilah kerana ALLAH kerana ia antara bentuk kesempurnaan iman..RASULULLAH s.a.w. bersabda yang bermaksud; ''Sesiapa yang cinta kerana ALLAH,,memberi kerana ALLAH dan tidak memberi kerana ALLAH,,Maka sempurnalah imannya..'' (Riwayat Abu Daud)..

cinta itu indah..cinta itu juga boleh membuat kita bahagia..tetapi ingat??!! cinta itu juga boleh membuat kita menderita..dan cinta juga boleh membuatkan kita kecewa....   

jika sendiri janganlah merasa sepi,,ada ALLAH yg mengawasi..
jika sedih jngan pendam dalam hati,,ada ALLAH TEMPAT berbagi..
jika susah jangan menjadi pilu,,ada ALLAH tempat mengadu..
jika gagal jangan putus asa,,ada ALLAH tempat meminta..
jika bahagia jangan menjadi lupa,,ada ALLAH tempat memuja ..
ingatlah ALLAH selalu,,nescaya ALLAH akan mengingatimu...



created by;
buzz.noki.zuqi   

No comments:

Post a Comment