Saturday, 29 October 2011

L@nGk@h menCINt@i ALLAH...

Cinta sentiasa menjadi buruan manusia.Manusia sering memburu cinta yang berbeza.Ada yang memburu cinta wanita,suami,harta dan sebagainya.Namun cinta yang hakiki yang tidak pernah mengecewakan ialah cinta ALLAH..cinta ALLAH lah yang layak dikejar..Amalkan petua-petua berikut bagi merasai manisnya mencintai ALLAH..
                                                                          Amalkan segala suruhan ALLAH dengan sungguh-sungguh dan tanpa banyak soal dan alasan..     
  • Jauhi larangan ALLAH dan jangan sekali-kali dekatinya apatah lagi melakukannya..Simpanlah rasa ''tidak sedap hati'' saat kali pertama melakukan sesuatu yang dimurkai ALLAH sebagai bekalan menjauhkan diri daripada maksiat..
  • Letakkan ALLAH sebagai prioriti dalam hidup dan dahulukan ALLAH dalam segala sesuatu,tidak kira ketika melakukan ibadah atau saat perlukan pertolongan..
  • Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada ALLAH setiap masa...
  • Reda atas segala ketentuan qadak dan qadar terutamanya jika ditimpa musibah...
  • Kerahkan semua anggota badan mentaati ALLAH,termasuk hati dan juga lidah...
  • Anggap dunia sebagai penjara..Abu Hurairah meriwayatkan sabda RASULULLAH s.a.w. yang bermaksud : ''Dunia itu penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir.''(Riwayat Muslim)..Apakah bekalan yang biasanya dibawa balik oleh seorang banduan??Apakah dia mampu membawa harta kekayaan atau sijil yang mengiktiraf tahap inteleknya??Banduan biasanya hanya mampu membawa keluar sama ada sikap lamanya atau sekeping hati yang bersih..
  • Renew..sentiasalah perbaharui cinta kepada ALLAH..Dunia ini melelahkan kerana tempat beristirahat hanyalah diakhirat..Lepas satu kebaikan dan ibadah dikerjakan,lakukanlah yang lain pula..
  • Aktif..seorang hamba yang betul-betul cintakan ALLAH akan jadi ibarat peniaga yang tamak,pantang ada peluang melakukan ibadah akan terus dilaksanakan tanpa tawar menawar..
  • Ikhlas.Pastikan cinta kepada ALLAH ikhlas hanya semata-mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya..
  • Pinta..jangan menganggap bahawa dengan amal ibadah semata-mata telah menyampaikan diri kita kepada cinta-Nya..Oleh sebab itu,pintalah daripada ALLAH cinta-Nya,dan laksanakan amalan yg disukai-Nya..
  • Cintailah apa sahaja yang disukai ALLAH dan bencilah apa jua yang dibenci-Nya,... 
Apabila kita mencintai ALLAH,,HAKIKATNYA kita akan memiliki segala-galanya..inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh ruang,jarak,masa,harta dan kematian....

Berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati meletakkan cinta di dalamnya..Jangan dibiarkan hati itu dipenuhi oleh cinta yang jahat,buruk dan '' cacat''.Bagaimana benih cinta yang kita tanam dan suburkan dalam jiwa,maka begitulah pohon yang akan tumbuh dan berbuahpada fikiran dan seluruh tindakan....

b@nding@n Ant@r@ MAHMUDAH d@n MAZMUMMAH??...

MAHMUDAH..
CINTA??  
Cinta amat sukar didefinisikan kerana ia bersifat abstrak dan subjektif..Namun menurut al-Syibli,cinta dinamakan cinta kerana ia menghapuskan semuanya dari hati melainkan kekasihnya.....Masih terdapat 1001 lagi definisi lain bagi kalimah cinta yang dipersembahkan dari perspektif yang berlainan..Bukan semua cinta boleh dianggap mahmudah..Malah cinta boleh jadi sesuatu yang dituntut,boleh jadi ditegah..Antara perkara yang disukai oleh RASULULLAH S.A.W.  ialah:    
  • melaksanakan ibadat..
  • membaca,mendengar dan merenungi al-Quran..
  • orang yang berselawat kepada Baginda..
  • suka tampil berbeza dengan orang Musyrik..
RASULULLAH S.A.W. pernah berdoa :
maksudnya; ''Ya ALLAH,tanamkanlah kecintaan(dalam diri kami) kepada keimanan dan hiasilah hati kami dengan keimanan..Jadikanlah hati kami benci kepada kekufuran,kefasiqan dan maksiat..'' (Riwayat Ahmad)

CINTA: MAZMUMMAH
Tidak semua cinta itu membawa manfaat.Ada yang membuahkan mafsadah.Inilah gara-gara tidak mengikut telunjuk agama..Jika syaitan yang memandu cinta yang didamba manusia,maka cinta itu akan terarah ke arah cinta dunia dan seluruh isinya..Apakah cinta fatamorgana ini yang dikejar??Masyhur dalam sejarah kisah cinta Laila Majnun.Laila menjadi seakan-akan gila atau betul-betul gila.Malah pernah diriwayatkan bahawa dia mencium kaki anjing kerana anjing itu baru sahaja selalu lalu kawasan kediaman buat hatinya..Ahli maksiat pula jika sudah terbiasa melakukan maksiat akan berasa manisnya ''rekod buruk'' (maksiat) yang diciptanya....

MAZMUMMAH..
BENCI??
Benci yang boleh dianggap sebagai mazmummah adalah bencikan sesuatu yang disukai oleh ALLAH dan RASULULLAH.Betapa ramai ahli maksiat yang bencikan ibadah dan akhirat.Bencikan orang yang melakukan kebaikan dan dakwah..Bencikan rahmat dan berkat dikurniakan kepada orang lain dan sebagainya..Kesimpulannya,,apa yang kita benci dan suka perlu dicorakkan oleh wahyu,bukan akal dan nafsu..
BENCI: MAHMUDAH..
Sebaliknya benci juga boleh dikira sebagai sifat mahmudah.Adnan al-Tarsyah ada menulis sebuah buku bertajuk Maza Yuhibbu al-Nabi Muhammad wa ma Yakrah.Jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu,bermaksud ''Apa yang Disukai Nabi dan Apa yang Dibenci Baginda..''
Ini menunjukkan bahawa tidak semua kebencian itu mazmummah.Boleh jadi sesuatu kebencian itu bersifat mahmudah jika kena salurannya..Benci yang terarah oleh syariat itu benci yang dipuji..
Antara perkara yang dibenci oleh RASULULLAH S.A.W. ialah:
  • golongan kafir,fasiq dan maksiat..
  • golongan yang ambil harta anak yatim..
  • berzikir kepada ALLAH dalam keadaan tiada wuduk..
  • menunda-nunda sedekah..
  • pembohongan..
  • tidur sebelum isyak..  
Apabila membenci,bencilah kerana ALLAH kerana ia antara bentuk kesempurnaan iman..RASULULLAH s.a.w. bersabda yang bermaksud; ''Sesiapa yang cinta kerana ALLAH,,memberi kerana ALLAH dan tidak memberi kerana ALLAH,,Maka sempurnalah imannya..'' (Riwayat Abu Daud)..

cinta itu indah..cinta itu juga boleh membuat kita bahagia..tetapi ingat??!! cinta itu juga boleh membuat kita menderita..dan cinta juga boleh membuatkan kita kecewa....   

jika sendiri janganlah merasa sepi,,ada ALLAH yg mengawasi..
jika sedih jngan pendam dalam hati,,ada ALLAH TEMPAT berbagi..
jika susah jangan menjadi pilu,,ada ALLAH tempat mengadu..
jika gagal jangan putus asa,,ada ALLAH tempat meminta..
jika bahagia jangan menjadi lupa,,ada ALLAH tempat memuja ..
ingatlah ALLAH selalu,,nescaya ALLAH akan mengingatimu...



created by;
buzz.noki.zuqi   

Friday, 28 October 2011

kEyS to he@ltH

To stay healthy,you need to work on four areas-exercise,diet,weight control and good health habits.
          Regular exercise is essential for good health..It tones the muscles strengthens the bones,and makes the heart and lungs work better.Exercise also helps to relieve stress.The most beneficial type of exercises aerobics..Aerobic exercise,in the form of jogging,cycling,and lap swimming,strengthens the heart.It is important to choose a form of exercise you enjoy.It could be dancing or just walking.As long as you do it regularly,you will be fit.People who are fit enjoy life more because they can join in any kind of activity..
           To maintain a healthy life,it is necessary to develop good dietary habits.Eat more whole-wheat grains,fruits,vegetables,and fish.Decrease intake of animal protein and fats.Use less salt and take at least 1000mg of calcium a day.Non-fat milk is good source of calcium.Do not forget to drink at least seven glasses of water a day.Avoid eating junk food or processed food which is high in sugar or salt content and has little nutritional value..
           Developing good health habits is important if you want to keep healthy.Don't smoke,avoid excessive alcohol intake,and keep moderate hours.Go to bed early and wake up early.Work hard and play hard too.Avoid stress by exercising and developing hobbies.Have a positive attitude towards people and work.Half-yearly dental check-ups are also necessary to maintain dental health..
            Being overweight can lead to a lot of health problems.You can suffer from heart disease,high blood pressure,varicose veins,and gall bladder disease.Weight control requires conscious effort and self-control.Diet and exercise play the most important role in weight control.Make sure exercise is part of your daily programme.Watch the amount and type of food you eat.Complex carbohydrates are important in a healthy diet.
            Health is pleasureable;ill health is miserable.There are other threats to health but if you remember the points mentioned above,you should enjoy good health.