Sunday, 28 August 2011

bilaKAH doA akAN dimakbuLKAN...??

ASSALAMUALAIKUM...
Saya rasa ramai yang tertanya-tanya tentang BILAKAH DOAKU AKAN DIMAKBULKAN??? Saya mempunyai jawapannya apabila saya membaca beberapa majalah yang menceritakan tentang akidah seseorang muslim...saya akan berikan jawapannya....

Apabila ALLAH cepat makbulkan doamu,,maka DIA menyayangimu....
FIRMAN ALLAH;maksudya :'' Dan apabila hamba-hamba-KU bertanya kepadamu mengenai AKU maka beritahu mereka:sesungguhnya AKU sentiasa hampir kepada mereka;AKU perkenankan permohonan orang yang berdoa kepada-KU....Maka hendaklah mereka menyahut seruan-KU dan hendaklah mereka beriman kepada-KU supaya mereka menjadi baik serta betul....''

Apabila DIA lambat makbulkan doamu,,DIA ingin mengujimu....
MENURUT al-KHATABI:''Jika ALLAH tidak menjawab doa seseorang,,DIA akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan,,atau mengantinya dengan pahala....
MENURUT HUKAMA:''Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan,,sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yanh dipohon,,atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta,,atau diberikan ganjaran pada hari KIAMAT...

Apabila DIA tidak makbulkan doamu,,maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu....
FIRMAN ALLAH;maksudnya: ''Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,,dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu...Dan ingatlah ,,ALLAH jua YANG MAHA MENGETAHUI semua itu,,sedang kamu tidak mengetahuinya...''

Oleh itu,, sentiasa bersangka baiklah kepada ALLAH....
FIRMAN ALLAH maksudnya; '' aku bersama sangkaan hamba-KU terhadap-KU ,, maka bersangka tentang-KU apa sahaja yang kamu ingini.....''


by;
BUZZ.NOKI.ZUQI 

No comments:

Post a Comment